IPOH – Kerajaan meluluskan tambahan peruntukan keseluruhan RM900 juta bagi pembinaan 6,000 bilik darjah baharu sekolah rendah di seluruh negara sebagai langkah memenuhi keperluan ruang pembelajaran murid khususnya bagi Tahun Satu.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, keputusan menambah peruntukan berbanding RM500 juta sebelum ini itu dibuat susulan berlaku peningkatan jumlah pendaftaran murid yang memerlukan penambahan bilik darjah di sekolah-sekolah terlibat. -MGPerak





