29 stesen pengecasan EV telah dipasang di Perak

IPOH – Sebanyak 29 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan lesen daripada pihak Suruhanjaya Tenaga telah dipasang di Perak setakat ini.

Berdasarkan maklumat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebahagian daripada 29 stesen berkenaan terletak di lebuh raya utama negeri ini dengan 10 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan sebuah stesen di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa komited menyokong dan memudahcara bagi pemasangan stesen pengecasan EV bagi kemudahan pengguna.

“Garis panduan bagi pemasangan stesen pengecasan EV ini ialah mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Kerajaan Negeri akan terus memperhalusi lagi berkenaan insentif-insentif yang boleh menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan rakyat Negeri Perak khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Chaw Kam Foon (PH-Mengelembu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Berikut merupakan senarai sebahagian stesen pengecasan EV di Perak.

1. KM 383.8, Hentian Sebelah Behrang (arah utara), PLUS.
2. KM 249.4, Petronas Sungai Perak, Kuala Kangsar, (arah utara), PLUS.
3. KM 290.90, Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah utara), PLUS.
4. R&R Hentian Sebelah Tapah (arah utara), PLUS.
5. KM 226, R&R Bukit Gantang (arah utara), PLUS.
6. KM 331.20, Hentian Sebelah Tapah (arah selatan), PLUS.
7. KM 382.8 , Hentian Sebelah Behrang (arah selatan), PLUS.
8. KM225, Kawasan Rehat Bukit Gantang (arah selatan), PLUS.
9. Petronas R & R Gunung Semanggol, PLUS.
10. Plaza Tol Taiping Selatan Changkat Jering.
11. Plaza Tol Trong, WCE.
12. KM 124-A Tanjong Malim.
13. Pejabat Pos Besar Ipoh.
14. Starbucks Sunway Tambun, DT Ipoh.
15. 75, Jalan Kuala Kangsar, Kampung Tembok, Ipoh
16. Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar.

-MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Gentari sasar pemasangan 400 poin pengecasan EV

MGPerak: Keputusan Semakan Sasaran Stesen Pengecas EV Lepas Aidilfitri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI