BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) menganjurkan program My Body Fit and Fabulous (MyBff) bermula hari ini bagi membantu kakitangannya menjaga kesihatan dengan cara betul bagi menurunkan berat badan ke tahap yang seimbang.
Yang Dipertua MDBG, Mohamad Razif Ramli berkata, program yang julung kali diadakan itu akan berlangsung selama enam bulan dan melibatkan 80 peserta terdiri daripada kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.
Menurutnya, selain itu, program tersebut bukan sekadar menggalakkan kakitangan mengamalkan gaya hidup sihat malah turut melibatkan kriteria yang lebih spesifik termasuk jumlah kehadiran, kes tatatertib serta pembabitan mereka dalam program rasmi dan komuniti. -MGPerak