IPOH – Pada zaman dahulu, permainan arked menjadi salah satu lokasi tumpuan khususnya golongan remaja yang ingin menghabiskan masa terluang bermain pelbagai jenis mesin permainan.
Lazimnya, arked permainan beroperasi di bandar besar dalam kompleks beli-belah namun ada juga yang terletak di dalam kedai atau bangunan khusus, contohnya seperti di Kompleks Yik Foong di sini.
Justeru, pusat hiburan keluarga, Yik Foong Theme Park dibuka bagi menghidupkan semula suasana serta menggamit semula memori arked permainan yang pernah beroperasi di bangunan ikonik itu. -MGPerak