MGPerak: Tiga Kitab Asas Imarahkan Masjid Waktu Maghrib-Isyak

48

Perak memperkenalkan tiga buah kitab bacaan asas di masjid dan surau seluruh Perak sebagai langkah strategik bagi mengatasi kekurangan penceramah bertauliah serta menghidupkan suasana masjid terutama pada waktu antara Maghrib dan Isyak.

Kitab-kitab tersebut ialah Qalbun Salim dan Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas karya Ustaz Muhadir Haji Joll serta Mutiara Minhajul Abidin oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kitab-kitab berkenaan disusun dalam bahasa yang mudah difahami dan boleh digunakan oleh imam untuk menyampaikan ilmu walaupun tanpa kemahiran berpidato. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini