Kerajaan Perak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyampaikan ceramah atau kuliah agama di masjid dan surau tanpa tauliah sah daripada pihak berkuasa agama negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya setiap aktiviti keagamaan di negeri ini dipantau secara berhemah mengikut garis panduan ditetapkan.
Menurutnya, pemberian tauliah bukan sekadar formaliti, sebaliknya sebagai langkah kawalan bagi memastikan penyampaian ilmu agama tidak disalahgunakan oleh individu yang tidak melalui proses saringan dan penilaian. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak