MGPerak: Ali Fasih Berbahasa Cina, Warisi Perniagaan Nasi Kandar 100 Tahun

86

APABILA jarum jam menghampiri ke waktu 12 tengah hari, Kedai Nasi Kandar Pekan Lama di Jalan Bijeh Timah, Ipoh mula dikunjungi pelanggan daripada pelbagai latar belakang.

Walau terpaksa beratur, mereka setia menunggu demi mendapatkan makanan lauk tengah hari khususnya ayam rendang yang sudah menjadi ‘signature’ di kedai berkenaan.

Namun, dalam keriuhan itu, tumpuan pastinya akan tercuri tatkala pengusaha, Mohd Mathar Ahli Ahmad Jalaluddeen, 43, boleh berbahasa Kantonis dengan pelanggan-pelanggan berbangsa Cina.

Bapa kepada empat cahaya mata itu bukan sahaja boleh berbahasa Cina, malah turut menguasai Bahasa Melayu, Tamil dan Bahasa Inggeris.

Dia yang mesra disapa ‘Ali’ itu berkata, kemampuannya untuk berbahasa dialek itu bermula ketika di alam persekolahan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini