MGPerak: 13 Rumah Urut Tawar Khidmat Seks Diserbu, 54 Warga Asing Ditahan

119

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 54 wanita warga asing kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan berselindung di sebalik perkhidmatan rumah urut di 13 premis sekitar bandar raya ini malam tadi.

Serbuan yang dijalankan serentak pada jam 9 malam menerusi Ops Gegar telah menahan 48 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan empat warga Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Pengarah JIM Perak, Datuk James Lee berkata, serbuan yang melibatkan 91 pegawai JIM Perak, Selangor dan Kuala Lumpur itu dilaksanakan selepas risikan dijalankan selama 14 hari di premis-premis terlibat.

Menurutnya, selain menawarkan perkhidmatan urut, pelanggan turut ditawarkan perkhidmatan seks oleh pekerja wanita warga asing terbabit. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini