MGPerak: HBP Perak Siri Ke-6 Rekod 224 Aduan, Tertinggi Di Luar Ipoh

81

TELUK INTAN – Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-6 di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap di sini merekodkan 224 aduan iaitu yang tertinggi telah diterima di luar Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri secara berterusan memberi komitmen untuk mendekati dan mendengar suara rakyat serta meneliti permasalahan yang dihadapi secara langsung melalui penganjuran program tersebut.

Menurutnya, daerah Hilir Perak dipilih sebagai lokasi keempat bagi penganjuran program ini di luar Ipoh, mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kerajaan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini