IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kenaikan harga telur ayam setakat ini.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemantauan harga barangan termasuk telur ayam dijalankan setiap hari oleh pegawai penguat kuasa KPDN bagi memastikan harga terkawal dan mematuhi peraturan. -MGPerak