Bekas warden maahad tahfiz dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis, atas pertuduhan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 13 tahun, lima tahun lalu.
Hakim, Jean Sharmila Jesudasan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Muhammad Ikbal Izzuddin Abd Rahim, 29, di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Jean Sharmila berkata, keputusan dibuat selepas mahkamah telah melihat kepada fakta-fakta kes bagi membuktikan elemen-elemen pertuduhan untuk kedua-dua pertuduhan dalam konteks keseluruhan kes dan membuat penilaian yang maksimum ke atas keterangan yang diperuntukan oleh pihak pendakwaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #bekaswardenmaahadtahfiz #tuduhanamangseksual