IPOH – Laluan baharu Batik Air Ipoh-Singapura mencerminkan keyakinan kukuh syarikat penerbangan hibrid berkhidmat penuh itu terhadap potensi di Perak.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Loh Sze Yee berkata, ia juga hadir tepat pada waktunya ketika usaha giat dijalankan dalam mengukuhkan kedudukan Perak sebagai pintu masuk antarabangsa. -MGPerak





