Empat rumah terbakar, 22 mangsa ditempatkan di PPS

IPOH – Sebanyak empat rumah mengalami kebakaran di Jalan Muhammad Rashid, Kampung Kuala Pari Hilir dekat Menglembu, di sini, pada Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada jam 4.03 petang.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, BBP Meru Raya, dan BBP Batu Gajah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran.

kebakaran rumah Menglembu kebakaran di Kampung Kuala Pari, bomba Perak, mangsa kebakaran PPS, operasi bomba Perak, rumah terbakar Menglembu, Pusat Pemindahan Sementara Perak
Pasukan bomba sedang melakukan operasi pemadaman api ke atas rumah yang mengalami kebakaran di di Jalan Muhammad Rashid, Kampung Kuala Pari Hilir dekat Menglembu, Ipoh. foto JBPM Perak

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar keseluruhan empat buah tersebut, namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Dalam kejadian itu, dua rumah mengalami kebakaran pada kadar 90 peratus, sementara dua lagi rumah masing-masing terbakar 50 peratus dan 30 peratus.

“Terdapat dua buah motorsikal iaitu Yamaha RXZ dan Yamaha 125 juga turut musnah terbakar pada kadar 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Shazlean berkata, dalam operasi pemadaman kebakaran, pasukan BBP Pasir Putih menggunakan dua aliran 100 kaki dengan empat pancutan dari jentera.


Pasukan bomba sedang melakukan operasi pemadaman api ke atas rumah yang mengalami kebakaran di di Jalan Muhammad Rashid, Kampung Kuala Pari Hilir dekat Menglembu, Ipoh. foto JBPM Perak

Ujar beliau, sementara pasukan bomba dari BBP Batu Gajah menggunakan satu aliran 100 kaki dengan satu pancutan dari jentera yang bersumberkan air tangki jentera dan pili bomba.

“Operasi membabitkan 23 anggota bomba serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Menglembu itu berjaya memadam kebakaran daripada terus merebak,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai komander operasi, Shaharizala Abu Hanifah itu tamat pada jam 5.53 petang.

Dalam perkembangan sama, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Komuniti Kampung Kuala Pari diaktifkan bagi menempatkan 22 orang mangsa kebakaran berkenaan.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta berkata, PPS yang dibuka pada jam 6 petang itu memberi perlindungan kepada empat buah keluarga. – MG Perak

 

Arikel Berkaitan:

Kedai baiki motosikal terbakar, tiga lelaki selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI