IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak segelintir pihak yang mendakwa negara seharusnya tidak menghadapi sebarang krisis bahan api susulan situasi di Asia Barat minyak memandangkan Malaysia merupakan negara pengeluar minyak.
Menurut beliau, syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) merupakan syarikat berstatus pengimport bersih bahan api, dan bukan pengeksport yang sebagaimana difahami sebelum ini. -MGPerak





