IPOH – Kerajaan Persekutuan dan negeri bergerak seiring dalam menguruskan ketidaktentuan geopolitik dunia termasuk di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat ketika ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pendekatan itu diputuskan dalam mesyuarat khas bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu.
Katanya, perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada langkah segera bagi mengurangkan impak kenaikan kos tenaga, gangguan rantaian bekalan, tekanan harga barangan serta kesan limpahan terhadap kos sara hidup rakyat di semua peringkat. -MGPerak





