MGPerak: Aktiviti Lasak, Air Di Semua IPG Dihentikan Sementara

96

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan supaya semua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara menghentikan sementara sebarang aktiviti lasak dan air susulan kematian dua pelajar IPG Kampus Perlis akibat lemas semasa melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Kedah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Wong berkata, arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta sehingga satu pengumuman lanjut dibuat oleh pihak kementerian.

Menurutnya, langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin, di samping memberi ketenangan kepada ibu bapa. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini