IPOH – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun menerima sebuah bas baharu bagi menggantikan bas lama yang berusia lebih 30 tahun.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penyerahan bas tersebut adalah hasil penelitian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap keperluan pihak sekolah, khususnya bagi menggantikan bas lama yang telah uzur.
Menurutnya, kemudahan bas baharu itu juga bakal memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah. -MGPerak





