Kerajaan Negeri Perak mengutip sebanyak RM6.41 juta menerusi Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) pada kadar RM3 bagi setiap bilik penginapan semalam pada sepanjang tahun lalu.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sebanyak RM2.15 juta dikutip kerajaan negeri di bawah CPT setakat 31 Mac lalu.
Katanya, angka kutipan caj berkenaan direkodkan daripada 1,340 premis penginapan atau hotel di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang telah mendaftar di bawah Enakmen Hotel Perak 2023.
#malaysiagazetteperak #mgperak #sidangdunperak #cajperkhidmatantempatan





