Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menyatakan kesediaan beliau menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan bagi memastikan pelaburan besar syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD kekal di negeri ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, pelaburan BYD memiliki potensi besar memandangkan syarikat berkenaan mencapai kejayaan menjual lima juta unit EV pada 2025 mengatasi Tesla.
Kor Ming percaya jika BYD memilih Perak sebagai destinasi pelaburan mereka, ia bakal memberi impak positif dalam pembangunan industri EV di Malaysia, mencipta ribuan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan mengukuhkan ekonomi negeri ini. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #sidangdunperak #pelaburanBYD





