MGPerak: Perak Peruntuk RM900,000 Perkasa Wanita, Lebih 7,000 Terima Manfaat

59

Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sebanyak RM900,000 bagi melaksanakan pelbagai program pengupayaan wanita yang memberi manfaat kepada lebih 7,000 penerima bagi tempoh 2025 hingga Mac 2026 dari pelbagai lapisan masyarakat.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program ini dilaksanakan melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (SPW) serta Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), yang memainkan peranan strategik dalam memperkukuh dimensi sosial dan ekonomi wanita.

Menurutnya, dari sudut pembangunan sosial, SPW telah melaksanakan pelbagai intervensi yang memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah, pengukuhan institusi kekeluargaan, kesejahteraan mental serta pengembangan jaringan sokongan komuniti. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #sidangdunperak #PerkasaWanita

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini