TAIPING – Hampir 1,200 peserta dari enam negara menyertai Karnival Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik (AIROC) Antarabangsa Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 2026 yang berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini.
Karnival berprestij anjuran JTM di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) itu diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada hari ini melibatkan peserta dari Jepun, Indonesia, Thailand, Singapura, Turki dan Malaysia.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan berkata, karnival ini secara tidak langsung memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pembangunan bakat dalam bidang AI dan robotik di peringkat antarabangsa. – MGPerak





