TAIPING – Selepas hampir lapan tahun menyertai pertandingan robotik, pasukan Mechabotics Technology Sdn Bhd akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung pada Pertandingan Robot Antarabangsa Perak (PIRC) yang diadakan bersempena Karnival Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik (AIROC) Antarabangsa Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 2026.
Pasukan yang terdiri daripada Ts Muhammad ZulhelmiKamarudin, 33; Muhammad Aiman Noor Amali, 24, dan Muhammad Aniq Qusyairi Aryus, 28, itu memenangi kategori 3kg Auto Robot Sumo Magnetic menerusi robot ciptaan mereka, Mechabot One.
Sementara itu, Sekolah Tun Fatimah (STF) yang diwakili Nur Danisha Azzahra Rosli dan Helena Zahra Mohd Hanafee, masing-masing berusia 14 tahun yang mempertaruhkan Drax 12 telah memenangi kategori 500g Auto Robot Sumo pada pertandingan tersebut. – MGPerak





