Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak berharap Presiden Parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, kehadiran Anwar di Perak penting dalam membantu parti berkenaan menambah kemenangan kerusi di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi kelak.
Katanya, bagaimanapun ia masih terlalu awal untuk dibincangkan kerana tiada sebarang keputusan rasmi yang dibuat berhubung perkara berkenaan. – MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #PRU16 #PKRPerak





