Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak memberi bayangan mahu mengekalkan formula Kerajaan Perpaduan menerusi kerjasama bersama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang demi menjamin kestabilan politik di negeri itu.
Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, langkah mengelakkan pertembungan sesama sendiri bukan sahaja memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan (PH), malah berupaya memberi impak positif yang besar kepada BN.
Katanya, sekiranya pertembungan sesama sendiri antara PH dan BN berlaku ia dikhuatiri akan mengurangkan peratusan potensi kemenangan di kerusi-kerusi yang ditandingi, dan seterusnya memberi kelebihan kepada pembangkang. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #PRU16 #PKRPerak





