Temasya Sukan Tahunan Pesta Sukan Sikh dan Piala Gurdwara bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan atlet, malah berperanan sebagai platform penting bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang sukan.
Kejohanan sukan kali ke-74 anjuran Majlis Sukan Sikh Malaysia dan Singapura (MSSSC) itu menghimpunkan lebih 1,000 atlet dari Malaysia dan Singapura.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah, yang berkenan mencemar duli bagi merasmikan temasya sukan berprestij tersebut. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MajlisSukanSikhMalaysiadanSingapura #PialaGurdwara





