IPOH – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Daerah Hilir Perak, dekat Changkat Jong, Teluk Intan bagi menempatkan 30 mangsa banjir, pada Sabtu.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, PPS yang dibuka di Dewan Serbaguna Padang Tembak itu menempatkan tujuh keluarga dari tiga kawasan penempatan yang terjejas bencana itu.
Katanya, ia adalah Batu 9, Lorong Kedah serta Lorong Belakang Klinik.
“PPS itu dibuka pada jam 5.30 petang yang mana ia menempatkan lapan lelaki dewasa, 10 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki.
“Pada masa sama, PPS berkenaan turut menempatkan seorang orang kurang upaya wanita,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, jurucakap itu berkata 10 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi pemindahan mangsa banjir.
Turut terlibat adalah dua anggota polis, dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, tiga Rela dan penghulu.
“Setakat ini tiada jalan yang dinaiki air atau terputus susulan keadaan banjir, manakala cuaca berada dalam keadaan baik,” ujarnya.-MG Perak
Artikel Berkaitan:
[…] Banjir: Sebuah PPS dibuka di Hilir Perak, 30 mangsa ditempatkan […]