Mangsa banjir daerah Hilir Perak meningkat 80 orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak terus meningkat kepada 80 orang daripada 25 buah keluarga sehingga 10 pagi ini membabitkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan kesemua mangsa terbabit ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan.

“Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan adalah penduduk di Batu7, Batu 8, Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman dan Lorong Imam Khairi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap merah atau bahaya dengan merekodkan paras air semasa 3.80 meter pada jam 9.30 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memaklumkan Jalan FT1152 Felda Trolak Selatan dalam daerah Batang Padang perlu dibaiki segera kerana ia merupakan laluan utama kepada pengguna jalan raya.

“Ini berikutan keadaan bahu jalan yang runtuh serta membahayakan pengguna jalan raya. Justeru, jalan dibuka satu lorong kepada semua kenderaan,” jelasnya.

Semalam, PPS tersebut dibuka menempatkan 30 mangsa banjir susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir: Sebuah PPS dibuka di Hilir Perak, 30 mangsa ditempatkan

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI