Mangsa banjir di Perak terus meningkat 89 orang

IPOH – Mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 89 mangsa daripada 26 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan setakat pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan merupakan penduduk daripada lapan kampung yang dinaiki air sejak Sabtu.

“Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan adalah penduduk di Batu7, Batu 8, Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman dan Lorong Imam Khairi di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap amaran dengan merekodkan paras air semasa 3.43 meter.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memaklumkan Jalan FT1152 Felda Trolak Selatan dalam daerah Batang Padang perlu dibaiki segera kerana ia merupakan laluan utama kepada pengguna jalan raya.

“Ini berikutan keadaan bahu jalan yang runtuh serta membahayakan pengguna jalan raya. Justeru, jalan dibuka satu lorong kepada semua kenderaan,” jelasnya.

Terdahulu, PPS tersebut dibuka pada Sabtu susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir daerah Hilir Perak meningkat 80 orang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI