Banjir di LMS, sebuah PPS dibuka tempatkan 10 keluarga

IPOH – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) PPdalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada jam 2.30 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan seramai 20 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

“Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan adalah penduduk di Kampung Matang Gelugor,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap merah atau bahaya dengan merekodkan paras air semasa 3.57 meter.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut meramalkan Perak akan mengalami cuaca hujan dan ribut pada hari ini.

Sebelum ini, beberapa beberapa PPS dibuka sejak Oktober lalu, antaranya Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru di daerah Batang Padang dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak di daerah Muallim.

Tiga PPS turut dibuka di Hilir Perak iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan Dewan Serbaguna Chikus.

PPS di SK Changkat Lobak dan PPS SK Alor Pongsu pula dibuka di daerah Kerian.

Di daerah Hulu Perak juga satu PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik manakala dua lagi PPS di daerah Kinta iaitu di Dewan Orang Ramai (MBI) Taman Meru 2A dan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Kinta.

Kesemua PPS tersebut ditutup secara berperingkat selepas banjir di kawasan mereka mulai surut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: PPS terakhir ditutup, semua mangsa dibenar pulang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI