Banjir Perak: PPS terakhir ditutup, semua mangsa dibenar pulang

IPOH – Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Perak iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di daerah Kerian ditutup sepenuhnya pada jam 2 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, PPS yang sebelum ini menempatkan 39 mangsa daripada 14 keluarga setakat jam 12 tengah hari tadi.

“Keadaan itu bermakna semua PPS di negeri ini sudah ditutup hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

Semalam, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak ditutup pada jam 2 petang selepas kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, JPBN turut melaporkan, tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi di negeri ini pada petang ini.

Sebelum ini beberapa beberapa PPS dibuka sejak Oktober lalu, antaranya Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru di daerah Batang Padang dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak di daerah Muallim.

Tiga PPS turut dibuka di Hilir Perak iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan Dewan Serbaguna Chikus.

PPS di SK Changkat Lobak dan PPS SK Alor Pongsu pula dibuka di daerah Kerian.

Di daerah Hulu Perak juga satu PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik manakala dua lagi PPS di daerah Kinta iaitu di Dewan Orang Ramai (MBI) Taman Meru 2A dan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Kinta.

Kesemua PPS tersebut ditutup secara berperingkat selepas banjir di kawasan mereka mulai surut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: Tinggal sebuah PPS masih dibuka di daerah Kerian

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI