Banjir Perak: Tinggal sebuah PPS masih dibuka di daerah Kerian

IPOH – Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal dibuka Perak menempatkan 39 mangsa daripada 14 keluarga di daerah Kerian pada Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di daerah Kerian.

“Seramai 39 mangsa banjir daripada 14 keluarga melibatkan Kampung Beriai dan Kampung Selekoh masih ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air sungai di semua sungai utama negeri ini berada di paras normal setakat pagi Rabu.

Sekretariat turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama sudah dibuka kepada semua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di kawasan tersebut.

“Orang ramai masih boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan – Kampung Masjid,” ujarnya.

Katanya, laluan FT 147 Jalan Selama di Kerian masih ditutup kepada semua kenderaan kerana paras air semakin meningkat dan orang ramai diarahkan untuk menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

“Bagi laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan di Batang Padang, hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan sahaja disebabkan keadaan bahu jalan yang runtuh.

“Manakala laluan A 129 Jalan Langkap – Air Hitam di Hilir Perak, satu papan tanda amaran sementara dipasang dan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif di FT 058,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan, bagi laluan FT 001 Jalan Ipoh – Tanjung Malim hanya satu lorong dibuka untuk semua kenderaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Jumlah mangsa banjir Perak kekal 75 orang di dua PPS

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI