MGPerak: Perak Perluas Jelajah Hari Usahawan Ke Mukim, Tingkat Akses Bantuan

54

KUALA KANGSAR – Kerajaan Negeri Perak menerusi Sekretariat Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak (STeP) mengambil pendekatan baharu dengan memperluaskan Program Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak sehingga ke peringkat mukim.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan lebih ramai usahawan, peniaga, penjaja serta bakal usahawan mendapat akses kepada maklumat bantuan dan bimbingan yang disediakan kerajaan.

Menurutnya, program tersebut adalah siri ketiga bagi tahun ini dan empat lagi siri akan diteruskan dalam jelajah berikutnya. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini