IPOH – Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 memperteguh hakikat bahawa pendidikan adalah jalan penting untuk membuka peluang, meningkatkan mobiliti sosial dan membina perpaduan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pendekatan ini secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing serta mempunyai kekuatan moral untuk menghadapi perubahan dunia.
Menurutnya, pendidikan perlu melatih generasi muda berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang berasaskan etika dan tanggungjawab. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





