MGPerak:Kematian Penghuni Rumah Jagaan: Mangsa Dipukul, Dipijak, Premis Pula Beroperasi Tanpa Lesen

99

IPOH – Laporan bedah siasat ke atas lelaki yang ditemukan maut di sebuah rumah jagaan di Taman Choong Kwee, Tanjung Rambutan di sini pada Selasa lalu mendapati punca kematian disebabkan kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, keputusan itu diperoleh selepas proses bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada malam 3 Ogos lalu apabila mangsa dikatakan berkelakuan agresif dan mengganggu penghuni lain. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini