Lelaki maut, lima ahli keluarga selamat, kereta terbabas masuk longkang

PASIR SALAK – Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya bersama lima ahli keluarga terbabas ke dalam longkang di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah di sini, malam tadi.

Mangsa maut dikenali pasti sebagai Mohd Khirzee Musa, 39.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.52 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan kerja menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas masuk ke dalam longkang.

“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak iaitu tiga lelaki serta seorang perempuan.

“Wanita dan empat kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat sebelum ketibaan anggota bomba.

“Bagaimanapun, seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota melaksanakan penilaian awal sebelum mengaplikasikan Konsep SAVER bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Anggota menggunakan pengusung bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan dan diberikan bantuan pernafasan (CPR).

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah malam tadi,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas maut, pelajar cedera langgar pokok tumbang di Kuala Kangsar

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI