Tindakan segelintir pemilik motosikal membuang brek belakang bukan sahaja mengabaikan keselamatan semasa di jalan raya malah seolah-olah mempertaruhkan nyawa sendiri ketika menunggang.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya melalui Ops Motosikal Ekstrem yang dijalankan bermula 1 Januari hingga 19 Ogos 2026.
Menurut beliau, pengubahsuaian sistem brek merupakan kesalahan ekstrem dan paling membimbangkan yang dikesan dalam operasi berkenaan kerana ia boleh menjejaskan kecekapan membrek serta meningkatkan risiko kemalangan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #JPJPerak #OpsMotosikalEkstrem





