IPOH – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli dan dakwaan murid dipukul guru yang dilaporkan berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah berkata, proses berkenaan termasuk perbincangan dan permuafakatan antara pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.
Menurutnya, beliau difahamkan pertemuan antara PPD, pihak sekolah dan keluarga murid telah diadakan, malah jalan penyelesaian turut dicapai menerusi proses berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





