Tiga lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam sembilan kes khianat dengan api dan simbah cat terhadap rumah mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ahlong di beberapa negeri sejak September lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata,ketiga-tiga suspek berusia 19 tahun yang bertindak sebagai orang suruhan ahlong itu ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang pada Khamis lalu.
Menurutnya, dua daripada mereka merupakan pelajar kolej manakala seorang lagi bekerja sebagai penjaga stor. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PDRM #keskhianat #Ahlong





