MGPerak: RM1.12 Juta Disalur Selenggara Sungai Keranji, Atasi Masalah Banjir Di Kampar

62

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak membelanjakan sebanyak RM1.12 juta bagi kerja penyelenggaraan Sungai Keranji, Kampar sejak tahun 2022 bagi menangani masalah banjir dan hakisan sungai di daerah berkenaan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, peruntukan itu digunakan antaranya untuk kerja pembersihan, pengorekan sungai serta membuang halangan yang boleh menyekat aliran air.

Katanya, kerja-kerja berkenaan turut merangkumi pengukuhan dan pembaikan struktur tebing di Kampung Orang Asli Batu Berangkai serta Jalan Wah Loong. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030 #JPSPerak #KampungOrangAsliBatuBerangkai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini