‘Melody’ masih bertahan, jual piring hitam P Ramlee nilai ribuan ringgit

KEPANTASAN pembangunan teknologi moden masa kini hampir menenggelamkan gaya hidup mendengar muzik melalui piring hitam, kaset mahupun cakera padat (CD) dalam kalangan masyarakat.

Khususnya golongan muda, ketika ini mereka lebih gemar untuk mendengar lagu-lagu kegemaran melalui kaedah penstriman pada telefon pintar seperti menerusi aplikasi Spotify, Apple Music mahupun YouTube Music.

Perkembangan itu menyebabkan sebahagian besar premis yang menjual piring hitam, kaset dan CD sukar untuk meneruskan kelangsungan perniagaan, dan ia secara perlahan-lahan terpaksa akur dengan trend atau ikutan gaya hidup semasa.

kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh
Pemilik kedai, Edwin Suen, 64, pada sesi temu bual bersama wartawan MG Perak di Melody Music Centre, Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JANUARI 2024.

Namun, lain pula cerita di sebuah kedai kecil di pusat membeli-belah Kompleks Yik Foong yang terletak di persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Laxamana, di Ipoh.

Melody Music Centre atau Kedai Muzik Melody masih mampu bertahan walaupun perniagaannya kini menjangkau usia lebih daripada 30 tahun.

Ia mula berpindah ke Kompleks Yik Foong pada tahun 1991 sebelum ia beroperasi lewat tahun 80an di sekitar Bandar Raya Ipoh.

kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh
Melody Music Centre, Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JANUARI 2024.

Sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kedai berkenaan, pasti terpegun dengan deretan hampir 2,000 kaset, CD dan piring hitam penyanyi dari dalam dan luar negara era 60an sehingga 90an yang menghiasi di segenap sudut kedai.

Pemilik Kedai Muzik Melody, Edwin Suen, 64, berkata, walaupun perniagaan tidak serancak sekitar tahun 90an dahulu, namun masih ada pelanggan berbilang bangsa yang berkunjung untuk mendapatkan kaset dan piring hitam penyanyi kegemaran mereka.

kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh
Pemilik kedai, Edwin Suen, 64, melayan pelanggan yang datang membeli kaset lagu di kedai Melody Music, Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JANUARI 2024.

“Saya ada menerima kedatang pelanggan dari luar Perak seperti dari Kuala Lumpur. Malah ada ada juga yang datang dari Singapura dan Kanada semata-mata mencari koleksi kaset dan piring hitam di sini

“Ada seorang pelancong dari Kanda itu akan datang ke kedai saya setiap dua tahun sekali untuk mencari koleksi kaset artis lama dari antarabangsa yang diminatinya.

“Kehadiran pelanggan-pelanggan ini mungkin disebabkan cerita tentang kedai saya ini sering dikongsikan pada laman sosial Facebook,” katanya ketika ditemui MG Perak.

Menurut Edwin, antara koleksi kaset dan piring hitam yang sering menjadi ‘buruan’ di kedainya adalah dari kumpulan rock tempatan Wings, Search dan Sofea atau SYJ, kumpulan rock antarabangsa, seperti Deep Purple, Led Zeppelin dan Black Sabbath.

kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh
Pemilik kedai, Edwin Suen, 64, pada sesi temu bual bersama wartawan MG Perak di Melody Music Centre, Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JANUARI 2024.

Koleksi piring hitam P Ramlee nilai ribuan ringgit

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, antara koleksi berharga yang masih ada di premisnya adalah piring hitam seniman legenda tanah air Allahyarham P Ramlee iaitu ‘P Ramlee AMN Azizah’ serta ‘Kenangan Abadi P Ramlee AMN’.

Katanya, dua koleksi piring hitam itu merupakan keluaran asal diterbitkan di Singapura yang berusia 50 tahun dan ia dijual pada harga RM500 dan RM1,500.

Menurut Edwin, piring hitam itu memuatkan pelbagai lagu terkenal P Ramlee antaranya, Azizah, Getaran Jiwa, Aci Aci Buka Pintu, Do Re Mi dan sebagainya.

“Kesemua koleksi yang dijual di kedai saya ini bukan koleksi baharu, sebaliknya ia adalah koleksi lama yang berusia belasan dan puluhan tahun.

kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh
Pelbagai jenis barangan dijual termasuk kaset dan piring hitam di Melody Music Centre di Kompleks Yik Foong yang terletak di persimpangan Jalan Laxamana dan Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JANUARI 2024.

“Sukar untuk mendapatkan barangan itu sekarang sebab kebanyakkan kedai muzik sudah gulung tikar. Selain daripada koleksi lama, saya juga memperoleh koleksi-koleksi kaset dan piring hitam yang dijual kembali kepada saya.

“Dalam hal itu, saya akan meneliti supaya ia berada dalam keadaan baik sebelum saya bersetuju untuk membelinya pada kadar harga tertentu yang bersesuaian,” ujarnya yang juga ada menerima koleksi piring hitam dari United Kingdom dan Hong Kong.

kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh
Pemilik kedai, Edwin Suen, 64, menunjukkan koleksi piring hitam unik yang ada padanya di Melody Music Centre, Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JANUARI 2024.

Pada masa sama, Edwin berkata, kaset dan piring hitam mempunyai kelebihan tersendiri berbanding mendengar lagu melalui kaedah digital.

Katanya, selain daripada ‘ketajaman’ bunyi, ia juga boleh dijadikan koleksi simpanan bagi menambah nilai sentimental kepada mana-mana peminat.

kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh kedai muzik melody kaset piring hitam jual kaset piring hitam cd ipoh perak Melody Music Centre Ipoh
Terdapat banyak jenis koleksi kaset pelbagai genre yang ada di kedai Melody Music, Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JANUARI 2024.

Dia yang meminati genre muzik rock berkata, Kedai Muzik Melody turut menjual pelbagai koleksi penyanyi daripada pelbagai genre seperti jazz, pop dan sebagainya yang mana kaset dan CD dijual pada harga belasan hingga puluhan ringgit.

“Walaupun anak-anak saya tidak minat untuk meneruskan legasi ini, saya belum terfikir untuk bersara lagi.

“Saya masih lagi mahu terus membuka perniagaan satu-satunya kedai muzik yang masih bertahan di Kompleks Yik Foong ini,” katanya lagi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Piring Hitam P Ramlee Ribuan Ringgit, Tarikan Melody di Yik Foong

Yik Foong menggamit memori 80-an dalam era digital

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI