Remaja ditemui lemas, dua lagi rakan masih hilang

LUMUT – Seorang daripada tiga remaja yang hilang selepas mandi di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari di sini, semalam ditemui lemas pada jam 9.05 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat Chew Darumaraj, 14, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada jam 8 pagi hari ini dengan menambah dua lagi bot menjadikan lima di samping bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Katanya, operasi SAR diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa, G Sarath dan T Eishwarpillai, masing-masing berusia 16 tahun yang masih hilang.

“Skop pencarian melibatkan empat buah bot adalah di kedua-dua arah sungai kerana ia berhampiran muara dan mengalami air pasang dan surut menyebabkan aliran air berlaku dikedua-dua arah.

“Sebuah bot turut bersiap sedia berhampiran muara bagi memastikan mangsa tidak hanyut masuk ke laut,” katanya dalam satu kenyataan pagi Selasa.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terlibat dalam operasi SAR termasuklah Pantai Remis, Sitiawan, Manjung dan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) BBP Ipoh.

“Bantuan dari agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Nelayan Batu 3 Segari akan turut digerakkan secara bersepadu bagi membantu mencari mangsa yang masih hilang,” jelasnya.

Semalam media melaporkan, tiga remaja berusia dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai emas semasa memancing dan mandi-manda di Sungai Sempit Segari. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Operasi SAR tiga remaja dikhuatiri lemas mandi sungai dimulakan

Tiga dikhuatiri lemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI