Program Santai Bersama Atlet Sepenuh Masa dan warga kerja Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk) menjadi antara pengisian penting dalam salah satu fasa persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor.
Isu membabitkan syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD Company Limited (BYD) tidak akan merencatkan keyakinan pelabur lain untuk terus melabur di negeri Perak.
Perak akur dengan sebarang keputusan berhubung penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor termasuk kemungkinan temasya dwitahunan itu akan ditangguhkan.
Kerajaan Perak menetapkan supaya semua tapak masjid dan surau di negeri ini dikeluarkan hak milik berdaftar serta diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu.
Lebih 7,000 nelayan menerima manfaat daripada inisiatif Ekonomi Biru Negeri Perak yang disokong pelaburan bernilai RM3.78 juta dalam memperkukuh infrastruktur pendaratan negeri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad membidas pembangkang yang mendakwa Perak sebagai negeri gagal dengan bersandarkan kepada data yang tidak tepat.
Perak akan mewujudkan dua jawatankuasa khas di peringkat negeri bagi melaksanakan pelan mitigasi impak krisis tenaga global yang memberi kesan kepada sektor ekonomi dan kehidupan rakyat.
Kerajaan Negeri menetapkan tempoh peralihan sehingga akhir 2026 bagi semua ladang ayam beralih kepada sistem reban tertutup sebelum penguatkuasaan penuh bermula pada 1 Januari 2027.
Usaha menarik pelaburan daripada rangkaian hotel antarabangsa ke negeri Perak berdepan cabaran apabila negeri ini mengalami kekurangan jumlah pelancong yang memilih untuk bermalam.
Seramai 4,435 anak negeri Perak berjaya ditempatkan ke dalam industri melalui 83 Program Pembangunan Kerjaya di bawah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sepanjang 2023 hingga tahun lalu.