Wanita telah membuktikan kemampuan mereka sebagai pemimpin yang cemerlang serta memainkan peranan penting dalam pembangunan negara termasuk dalam sektor kesihatan.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan Majlis Simposium ‘Women in Medicine 2026’ sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di Hotel AC by Mariott di sini hari ini.
Perak memperkenalkan Halaman Suri Sejahtera di Taman Lapangan Terbang, di sini, sebagai pusat komuniti yang menyediakan kemudahan latihan kemahiran, pendidikan sepanjang hayat serta sokongan psikososial untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat atas pertuduhan terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor pada 31 Mei lalu.
Kerajaan Perpaduan di Perak yang dibentuk melalui kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berikrar untuk terus mentadbir dan berkhidmat sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN).
Persidangan Nasional Pelajar Ijazah Sarjana Muda TVET ke-6 (NCTS) berjaya menghimpunkan 167 kertas penyelidikan daripada pelajar prasiswazah dalam usaha memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di politeknik dan kolej komuniti terus menunjukkan keberkesanannya apabila kadar kebolehpasaran graduan mencapai 98.6 peratus pada tahun lalu.
Situasi penyebaran ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam atau ajaran sesat di Perak masih berada dalam keadaan terkawal serta sentiasa dipantau pihak berkuasa agama negeri.
Seramai 266 penerima diraikan dalam Majlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 yang berlangsung di Hotel Kinta Riverfront.