Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat 363 orang

IPOH – Trend jumlah mangsa terjejas akibat banjir di Perak terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 363 individu dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, berbanding 329 orang pada pagi Rabu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, seramai 105 keluarga telah ditempatkan di dua PPS masing-masing di daerah Hilir Perak dan Kerian setakat jam 6 petang.

Katanya, bagi Hilir Perak, PPS di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap, yang dibuka pada jam 10 pagi Rabu kini menempatkan 32 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Batu 7 ½, Changkat Jong.

Sementara 185 mangsa daripada 55 keluarga dari 11 kawasan penempatan yang terjejas banjir ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

Kawasan terbabit adalah Lorong Kedah; Lorong Belakang Klinik; Batu 9, Simpang 3; Batu 10; Batu 7; Lorong Sidang Osman; Batu 9; Lorong Mesra; Batu 8; Lorong Sekolah, Kampung Sungai Kerawai serta Batu 7½.

“Bagi Daerah Kerian, 90 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak serta Kampung Beriai dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak.

“Selain itu, seramai 56 mangsa daripada 18 keluarga yang dipindahkan ke PPS SK Alor Pongsu melibatkan penduduk dari Kampung Selekoh, Kampung Beriai, Kampung Parit Air Hitam 2 serta Kampung Parit Ali Kalang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu katanya, berdasarkan kepada data aras air sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak merekodkan paras bahaya iaitu 4.03 meter (m) berbanding paras normal 2 m.

Tambahnya, manakal bagi paras air di Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang mencatatkan paras waspada iaitu 13.10 m. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Banjir Perak: Jumlah mangsa kekal 329

Lebih RM60,000 peruntukan, bantu petani terjejas akibat banjir

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI