Calon Ada Jawatan Persekutuan Boleh Bertarung Isu Negeri Tapi Jangan Jadikan Isu Pusat Medan Politik

96

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ketika ini supaya menjaga disiplin sepanjang tempoh berkempen terutama mereka yang memegang jawatan di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, walaupun terdapat wakil daripada parti yang sama di peringkat Kerajaan Persekutuan namun bertanding antara satu sama lain pada PRN tersebut, perkara itu perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

Katanya, perkara itu juga antara yang disuarakan beliau kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Datuk Seri Fadillah Yusof melalui panggilan telefon pada Sabtu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #PRNNegeriSembilan #politikmalaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini