Penduduk Orang Asli melahirkan rasa teruja apabila berpeluang menyaksikan dan menyertai ibadah korban yang diadakan di Kampung Chadak, Ulu Kinta di sini sempena hari kedua sambutan Aidiladha.
Keterujaan untuk merasai sendiri pengalaman menjalani program ibadah korban mendorong seorang murid Tahun Lima untuk menjadi petugas pada program anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di sini, pada Khamis.
Program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di sini, pada Khamis melibatkan 16 ekor lembu dan seekor kerbau.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), di sini, pada Rabu.
Beberapa peniaga mengakui terdapat peningkatan harga bahan mentah, namun tetap mengekalkan harga jualan pada kadar berpatutan malah menawarkan diskaun sempena perayaan Aidiladha bagi menarik pelanggan membeli biskut dan kerepek.
Sebanyak 1,662 kenderaan telah diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan 206 daripadanya dikenakan tindakan kerana dikesan melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas bagi tempoh dua hari pertama Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026 (Ops HRAA).
BUKAN mudah bagi pemilik Naz Pastry, Nazlil Zita Lot Ismail, 54, untuk terus kekal relevan dalam industri pembuatan roti dan pastri yang diceburinya sejak 27 tahun lalu.
Perak merancang memperluaskan Program Perak Pawsitive Initiative ke daerah yang menghadapi masalah kekurangan akses perkhidmatan veterinar, termasuk di luar bandar bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan pemandulan haiwan peliharaan.