IPOH – Program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Masjid Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di sini, pada Khamis melibatkan 16 ekor lembu dan seekor kerbau.
Setiausaha Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Mohd Daelami Osman berkata, daripada jumlah berkenaan, salah seekor haiwan korban disumbangkan daripada kerajaan negeri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Katanya, program berkenaan turut membabitkan hampir 150 orang petugas dalam kalangan masyarakat setempat yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memastikan proses korban berjalan lancar. -MGPerak





