Perak merancang memperluaskan Program Perak Pawsitive Initiative ke daerah yang menghadapi masalah kekurangan akses perkhidmatan veterinar, termasuk di luar bandar bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan pemandulan haiwan peliharaan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, langkah itu diambil selepas program berkenaan menunjukkan perkembangan positif sejak projek perintisnya dimulakan di Gopeng pada dua tahun lalu.
Menurut beliau, kerajaan negeri kini mempunyai jaringan kerjasama lebih kukuh melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), klinik haiwan dan doktor veterinar tempatan sekali gus memudahkan pelaksanaan program ke daerah lain. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #PerakPawsitiveInitiative





