MGPerak: Perak Teliti Pindaan UUK Pelesenan Anjing Tangani Isu Haiwan Terbiar

74

Perak sedang meneliti cadangan pindaan atau penambahbaikan terhadap Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk memperkenalkan kadar lesen berbeza sebagai galakan kepada pemilik memandulkan haiwan peliharaan mereka.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, langkah itu dilihat penting bagi menangani isu haiwan terbiar dengan cara yang lebih berkesan dan mampan.

Katanya, pendekatan berasaskan kempen kesedaran serta subsidi semata-mata tidak mencukupi sekiranya masyarakat perlu dibentuk melalui budaya pemilikan haiwan yang lebih bertanggungjawab. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #PindaanUUKPelesenanAnjing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini