Cemerlang Sekuriti peruntuk RM20,000 program CSR

IPOH – Syarikat Kawalan Keselamatan, Cemerlang Sekuriti (M) Sdn Bhd memperkasa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

Pengurus Cawangan Cemerlang Sekuriti Perak, Datuk S Tharmaya berkata, program itu diletakkan sebagai keutamaan dengan hampir separuh keuntungan yang diperolehi diperuntukkan bagi pelaksanaan aktiviti kebajikan.

Menurutnya, tahun lalu peruntukan sebanyak RM35,000 disediakan bagi meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri dan Deepavali bersama kumpulan sasar dengan sebahagian besar penerima melibatkan anak yatim.

“Untuk empat bulan pertama ini, kita sudah belanjakan hampir RM20,000 termasuk pembelian barangan meraikan anak-anak kembali ke sekolah bagi program CSR kami.

“Meskipun syarikat ini objektifnya keuntungan, tetapi kami percaya perkongsian dan kerja amal yang dilakukan akan menjadi penambah rezeki kepada hasil syarikat,” katanya kepada pemberita sempena Jamuan Hari Raya dan Doa Selamat Cemerlang Sekuriti Perak di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu, hampir 50 anak yatim dan pelajar tahfiz diraikan dengan pelbagai hidangan juadah raya dan sumbangan duit raya.

Tharmaya berkata, syarikay berkenaan mempunyai 250 kakitangan keselamatan dengan 150 daripadanya merupakan warga tempatan.

“Setiap daripada mereka diberikan latihan dan kursus yang secukupnya serta menepati keperluan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) agar dapat menyampaikan perkhidmatan dengan baik,” katanya. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI